• Ahad, 26 May 2013 : 06:04am

Kategori Artikel :

komputer 1 malaysia

komputer 1 malaysia

KEPALA BATAS – Sebanyak 300 komputer riba diagihkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi Projek Pengagihan Komputer 1Malaysia kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemilang dan SMK Agama Al-Irshad di sini.

Bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata program itu adalah satu daripada pelan kerajaan di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar isi rumah negara.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana ramai pelajar di Parlimen Kepala Batas menerima komputer riba 1Malaysia untuk kemudahan dan kegunaan mereka di kawasan ini,” katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Komputer Riba 1Malaysia di sini, hari ini.

Beliau percaya komputer yang diberikan secara percuma itu akan meningkatkan keupayaan dan prestasi pelajar dalam usaha kerajaan menjana modal insan yang cemerlang serta berpengetahuan luas. – BERNAMA

Belum Ada Komen Lagi

PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →

Apa Kata Anda?