AJK Pemandu Bersih 2.0,Chin Huat Wong, 39 cedera di kepala selepas diserang oleh 5 orang lelaki ketika sedang berjogging.

Chin diserang sekitar pukul 7.40 pagi di Taman Kanagapuram, Seksyen 18,Petaling Jaya semalam. Menurut laporan, Chin diserang menggunakan topi keledar dan turut ditumbuk oleh lelaki terbabit.
“Saya dipukul bertubi-tubi dan salah seorang daripada mereka mengarahkan saya memberi wang.
“Lima pemuda tersebut beredar selepas saya tidak memberikan wang kepada mereka,” katanya.
Mangsa yang juga merupakan pensyarah sebuah Universiti tempatan berkata, motif serangan mungkin ada kaitan politik kerana mereka tidak bersungguh untuk menyamun saya.
Tambahnya, beliau turut berasa hairan dengan tindakan penyerang kerana tidak memeriksa badannya selepas diberitahu tidak mempunyai wang walaupun dia mempunyai telefon bimbit di dalam poket seluarnya.

Belum Ada Komen Lagi
PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →