
Akibat dendam dan permusuhan dengan si suami, isteri pula menjadi mangsa rogol. Kisah zalim ini berlaku sekitar jam 3.30 pada Jumaat lepas di mana dua lelaki dalam lingkungan 30-an dipercayai merogol isteri lelaki tersebut dan meninggalkan nota yang tertulis ‘Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati.’
Kejadian itu berlaku di Bandar Teknologi Kajang.Sumber berkata, ketika kejadian tersebut, mangsa bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.
“Mangsa terkejut apabila melihat dua orang lelaki tidak dikenalinya berada di rumah.
Belum sempat magsa menjerit untuk meminta bantuan jiran, dua lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu mengugut untuk mencederakannya.
Bimbang dengan ugutan berkenaan, mangsa mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya pula ditutup dengan kain,” katanya

Belum Ada Komen Lagi
PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →
Apa Kata Anda?