• Khamis, 20 June 2013 : 01:59pm

Kategori Artikel :

astro edit video al jazeera

astro edit video al jazeera

Al-Jazeera Tuntut Penjelasan Dari Pihak Astro - Baru baru ini pihak Astro juga ada menyiarkan berita tentang bersih, dan sumbernya adalah daripada Al-Jazeera.Namun begitu, astro bersikap tidak jujur dengan menapis beberapa ‘scene’ di mana ia boleh menjejaskan keseluruhan jalan cerita.

Adakah ini menunjukkan UMNO semakin terdesak dalam mengawal minda rakyat ? Kita marah kalau kalau orang luar masuk campur,tapi kalau orang sendiri yang menipu, bagaimanan kebenaran akan terbongkar ?

Berikut adalah petikan laporan dari Malaysia Kini berhubung isu ini :

Rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera menuntut penjelasan daripada Astro mengapa liputannya mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu didakwa telah ditapis.

Dalam satu kenyataan yang diemel kepada Malaysiakini dari ibupejabat

Al Jazeera di Doha, Qatar, rangkaian berita itu berkata Astro sehingga ini tidak memaklumkan tentang kemungkinan tapisan dibuat kepada program beritanya.

“Laporan berita kami adalah catatan fakta peristiwa pada hari tersebut, dan pencerobohan dalam proses editorial kami adalah tidak wajar. Kami tidak pernah ditapis dengan cara ini oleh platform pengedaran lain di mana-mana sahaja di dunia,” katanya.

Rangkaian berita itu menambah bahawa ia juga akan menuntut Astro menjelaskan bagaimana laporan wartawannya, Harry Fawcett pada hari berkenaan telah melanggar “peraturan kandungan tempatan”.

“(Astro) perlu menggariskan dengan tepat apakah dakwaan pelanggaran itu dan bagaimana mereka boleh membuat keputusan tersebut,” katanya.

Masih tidak jelas bahagian mana laporan Fawcett mengenai BERSIH telah ditapis, sepertimana yang didakwa oleh lamanweb Sarawak Report -Malaysiakini

Belum Ada Komen Lagi

PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →