Akibat rahsianya yang telah berkahwin dua terbaongkar,telah menjadi punca seorang pengurus pasar raya di kota London yang menyembunyikan rahsia mempunyai dua keluarga berbeza selama 20 tahun dan 12 anak, membunuh diri selepas isteri dan kekasihnya mengetahui hal yang sebenar.

gambar hiasan
Lelaki tersebut yang bernama Andrew Ingham, 50, mengalami tekanan perasaan teruk selepas dua isterinya meninggalkannya pada Disember tahun lalu selepas mengetahui rahsianya dan dia ditinggalkan berseorangan di sebuah rumah pangsa kecil.
Walaupun telah berkahwin dengan isterinya Jackie selama 30 tahun, Ingham tetap menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya, Anita Barret, selama 21 tahun.
Dia ayah kepada empat anak bersama wanita simpanannya dan lapan bersama isterinya. Anak sulungnya bersama isterinya berusia 27 tahun sementara yang bongsu berusia lapan tahun.
Dalam inkues kematiannya di Mahkamah Koroner Chelmsford, Jackie, 48 dan Anita, 42 duduk agak jauh di antara satu sama lain.Ingham membunuh diri selepas merasa tertekan mengenai “kejadian yang berlaku dalam kehidupan peribadinya.”
Sebelum membunuh diri dia meninggalkan beberapa nota yang dialamatkan kepada “sesiapa yang berkenaan.”
Ingham tinggal bersendirian di rumah pangsa di atas restoran di Waltham Abbey dan mayatnya ditemui oleh rakannya, Stuart Pride.
Pride, tuan punya rumah itu merasa sangsi apabila menemui surat saman di kereta Ingham kerana kawannya itu sentiasa berhati-hati untuk tidak disaman. Dia menggunakan kuncinya sendiri untuk masuk ke rumah Ingham dan menemui mayat rakannya.
Pride berkata, “Saya melangkah ke bilik. Saya lihat ada beberapa nota di atas katil. Saya mengintai ke dalam dan nampak tubuh Andrew tergantung dari alang.” – sumber metro
Woot!..Kepada para lelaki yang ingin dan berhasrat untuk berpoligami,pastikan anda layak zahir dan batin..jangan fikirkan batin sahaja..hehehe

Belum Ada Komen Lagi
PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →