• Sabtu, 25 May 2013 : 08:45pm

Kategori Artikel :

pkr baling batu

pkr baling batu

Seorang warga emas cedera berikutan insiden baling batu dan telur ketika ceramah PKR sedang berlangsung di Pantai Dalam 2 hari lalu.

Insiden tersebut berlaku pada 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap.  Saksi kejadian tersebut mendakwa batu tersebut di baling daripada kawasan ceramah UMNO di kawasan sebelah ceramah PKR tersebut.

Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa. Bagaimanapun keadaan ceramah kembali terkawal dan Anwar kembali menyambung ceramah beliau.

Ini adalah kejadian ke dua berlaku setelah kejadian sebelum ini berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu lalu.

Belum Ada Komen Lagi

PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →