• Ahad, 19 May 2013 : 05:36am

Kategori Artikel :

fosil ikan paus

Sekumpulan ahli geologi di Lima,Peru berusaha sejak empat tahun lalu untuk menyelamatkan fosil-fosil ikan paus gergasi di gurun Ocucaje 310 kilometer dari sini.

Ahli-ahli arkeologi itu membersihkan fosil itu dengan menggunakan berus selain menggunakan campuran plaster untuk melindunginya daripada retak.

fosil ikan paus

Fosil-fosil itu terdedah selepas pasir yang menimbusnya terhakis akibat tiupan angin.Menurut beberapa ahli geologi dari Institut Geologi Perlombongan dan Kaji Logam (Ingement), kawasan ‘perkuburan ikan paus itu’ menjadi gurun ekoran satu letusan gunung berapi yang memusnahkan semua kehidupan laut.

Ia tertanam selama tiga hingga 20 juta tahun lalu.Menurut kajian 20 tahun lalu, seekor ikan paus sperma gergasi yang berjuta-juta tahun lalu berukuran 20 meter panjang.- AFP

sumber asal : kosmo

Belum Ada Komen Lagi

PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →