Pasangan yang sudah dikenali ramai Jejai ataupun Rizal Ashram Ramli dan juga Fasha Sandha Hassan telah selamat dinikahkan pada majlis pernikahan mereka di Hotel Crowne Plaza Mutiara malam jumaat 27 April 2012.
Pada majlis tersebut pasangan ini ,dinikahkan oleh bapa kandung Fasha iaitu Hassan Umbichi Moideen kira-kira pada pukul 9.45 malam bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad
Pada majlis tersebut,kira-kira 250 tetamu hadir yang terdiri daripada bapa Jejai iaitu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, ibu kandung Fasha Hatijah Tehman dan bapa tirinya, Mohd Faisal, kaum keluarga, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil daripada pihak media..
Berdasarkan makluman,Fasha telah menerima mas kahwin sebanyak RM8888.88 tetapi beliau tidak mahu mendedahkan jumlah wang hantaran kepada umum
Antara set hantaran yang diterima fasha adalah,
Tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskhah Al-Quran dan sejadah, sebentuk cincin, coklat, Samsung Galaxy Note, mas kahwin dan tepak sireh
Manakala yang diterima pihak jejai pula adaalah,
Sembilan dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Salvatore Ferragamo, tali leher dan tali pinggang Louis Vuitton, sebuah buku motivasi, set penjagaan lelaki Dolce & Gabbana, coklat dan sebentuk cincin daripada pengantin perempuan
Lagi koleksi foto pernikahan dan juga foto hantaran Fasha Sandha dan Jejai sila layari www.ohbulan.com




Belum Ada Komen Lagi
PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →