
Baru baru ini gempar di Facebook apabila satu rakaman video yang menunjukkan bayi telah didera oleh ibu kandung sendiri dengan begitu teruk.
Namun pendedahan kali ini apa kurangnya, seorang ibu mendera anak perempuan berusia dua tahun dengan menggigit seluruh tubuh dan kaki mangsa hingga dipenuhi parut serta lebam.
Kejadian tersebut terbongkar apabila bapanya yang berusia 49 tahun membawa mangsa ke klinik berhampiran Ahad lalu bagi mendapatkan rawatan selepas mendapati rambut anaknya itu gugur tanpa sebab.
Mangsa yang tinggal di Chui Chak di Langkap, Teluk Intan, diseksa ibunya yang juga suri rumah warga Vietnam berusia 25 tahun yang turut dipercayai menumbuk dan mencucuh tubuh mangsa dengan objek panas.
Difahamkan, bapa mangsa seorang pekebun sayur bimbang jika anak bongsunya itu menghidap penyakit berbahaya sebelum masalah itu dirujuk ke klinik kesihatan berdekatan.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati seluruh tubuh mangsa dipenuhi kesan lebam baru dan lama yang dipercayai didera dengan teruk.
-dipetik dan diulas dari laporan metro

Belum Ada Komen Lagi
PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →