
Isteri bercinta dengan bapa sendiri – Dunia akhir zaman memang pelbagai penyelewangan akidah yang berlaku.Justeru siapa yang kata negara kita aman memang punyai fikiran tidak matang.
Definisi aman itu sangat luas.Kali ini artikel mengenai isteri yang curang dengan bapa mertua.Berikut adalah petikan akhbar :
ALOR SETAR: “Saya melihat sendiri isteri saya dan ayah berpelukan masuk ke dalam sebuah kondominium. Ketika itu, lidah saya kelu dan tidak dapat digambarkan remuknya perasaan saya.
“Tak sangka ayah melakukan perkara terkutuk dengan menjalinkan hubungan dengan isteri saya,” keluh seorang lelaki selepas membongkar perlakuan jijik dua individu yang amat disayanginya.
Suami itu yang mahu dikenali sebagai Azmir, 30, berkata, amat sukar untuk dia menerima kenyataan pahit itu, namun itu hakikatnya biarpun tidak pernah terlintas di fikirannya perkara sedemikian boleh berlaku.
“Perkara ini sudah terbukti benar. Bukan saja saya melihat sendiri kecurangan mereka berdua, malah isteri saya juga turut membuat pengakuan,” katanya.

Belum Ada Komen Lagi
PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →