• Jumaat, 24 May 2013 : 03:45am

Kategori Artikel :

5878585259_4fc3626bcb

Rumah siap pahat berbunyi,mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk digambarkan tentang isu perkahwinan Fasha Sandha dan juga Jejai..

Hal ini kerana disebalik kebahagian yang dikecapi oleh Fasha Sandha selepas mendirikan rumahtangga dengan Jejai,terpalit juga spekulasi kononya perkahwinannya tidak mendapat restu keluarga dari pihak lelaki

Namun begitu,berdasarkan komen ringkas Fasha kepada mstaronline semalam dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu ini.

Fasha sandha bertudung

“Maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu,” ujarnya ringkas kepada mStar Online ketika ditemui di Sri Pentas semasa pelancaran drama bersiri Seindah Sakura pada Khamis

Biarpun tidak terlepas daripada dilanda gosip walaupun selepas kahwin ,fasha tetap menyatakan bahawa dia bahagia dan sedang meniti hari-hari bahagia bergelar isteri bersama jejai.

Kalau perkara ini hanyalah sekadar gosip,diharapkan semoga fasha tabah menghadapi dugaan ini.Lumrah hidup seorang artis tak lekang dek gosip kan?

Tapi jika benar sekalipun,itu adalah hal peribadi beliau dan fasha mungkin ada alasan tersendiri..Doakan sahaja kebahagian dia bersama Jejai.

Belum Ada Komen Lagi

PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →