• Selasa, 21 May 2013 : 12:10am

Kategori Artikel :

gambar pesakit kordoma

Dugaan berat telah minimpa seorang wanita di China apabila mukanya menjadi besar akibat daripada tumor yang ada pada bahagian mukanya.

Li Hongfang yang berusia 40 tahun tidak pernah menyangka tumor yang membesar di mukanya sejak 10 tahun lalu menyebabkan dia dipinggirkan oleh penduduk kampung.

gambar pesakit kordoma

Penyakit yang dikenali sebagai kordoma itu menyebabkan mukanya membesar dan membuatkan wanita yang bekerja sebagai petani itu kelihatan seperti raksasa.

Ibu kepada dua orang anak itu memberitahu, dia tidak mampu menampung kos membuang tumor itu kerana bayarannya terlalu mahal iaitu kira-kira 600,000 yuan (RM296,732).

Hongfang menceritakan, dia mula menderita penyakit itu pada tahun 2001 dengan hanya kesan tompok kecil di dahinya.

Menetap di sebuah perkampungan di Tianchao, negeri Qianxian, dekat wilayah Shaanxi, dia disahkan mempunyai tumor selepas menjalani pemeriksaan empat tahun kemudian.

Doktor mengesahkan dia mempunyai tujuh ketul tumor di bahagian muka. Akibat tidak mampu mendapatkan rawatan, dia terpaksa membiarkan tumor itu membesar perlahan-lahan.

“Saya sedar ramai orang melihat saya seperti raksasa tetapi saya sebenarnya manusia biasa. Saya ibu kepada dua orang anak, bukannya seekor raksasa,” katanya.

Dahulu, Hongfang seorang wanita yang cantik. Lantaran penyakitnya itu, wang simpanannya habis digunakan mendapatkan rawatan. Akhirnya dia pernah menjadi pengemis di bandar.

Hidup mesti diteruskan untuk ibu mertua, anak-anak dan keluarga. Namun, penduduk kampung sering menganggap saya wanita malang yang membawa kecelakaan.

“Malah, mereka sering mengatakan suami saya akan meninggalkan saya tetapi Guo Yingping (suami baharunya) nampaknya sanggup menyimpan wang hasil bekerja di ladang untuk pembedahan saya,” ujarnya.

Dia bersyukur kerana suaminya terus menyokongnya, begitu juga ibu mertuanya.

“Saya hanya ingin menjadi wanita normal semula selain ibu yang bertanggungjawab membantu keluarga,” katanya.

Suami pertamanya terbunuh dalam kemalangan jalan raya tidak lama selepas Hongfang melakukan pemeriksaan doktor, namun selepas itu dia berkahwin dengan seorang lelaki yatim piatu, Yingping pada tahun 2009. Mereka tinggal di kampung berhampiran.

Kedua-dua anak lelaki Hongfang, berusia 14 dan 17 tahun, telah meninggalkan kampung halaman untuk bekerja, walaupun si ibu membantah hasrat mereka.

“Kami tidak mempunyai banyak wang tetapi kami mencintai antara satu sama lain. Kami begitu menyayangi dua anak lelaki kami.

“Tetapi anak saya mengambil tindakan nekad meninggalkan saya ketika saya amat memerlukan sokongan mereka,” katanya sedih.

Namun, dia menarik nafas lega apabila kerajaan China bersedia menanggung kos rawatannya.

Menurut seorang pakar perubatan, Xue Gang, pihak atasan telah mengarahkan mereka mengubati Hongfang walaupun berapa banyak perbelanjaan yang diperlukan.

Seorang pakar bedah, Pan Lin dari Hospital Xijing, China, yang merupakan hospital wanita malang itu akan menjalani pembedahan memberitahu, keadaan Hongfang akan kembali normal selepas dibedah.

“Penyakitnya cukup pelik tetapi tidak sehingga mengorbankan nyawanya. Selepas pembedahan membuang tumor, kami akan melakukan pembedahan plastik bagi memastikan dia cantik semula,” katanya. – Agensi

Woot!..jangan kita menghina setiap ciptaan Allah swt..kerana setiap daripada kita ada kelebihan dan kekurangan..

Belum Ada Komen Lagi

PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →