• Isnin, 20 May 2013 : 07:59pm

Kategori Artikel :

Gambar kucing gemuk

Sudah takdir seekor kucing yang pernah menjadi tumpuan umum kerana memiliki berat badan mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat komplikasi kesihatan kerana terlalu gemuk di mana perkara ini telah disahkan oleh pengurusan sebuah rumah perlindungan haiwan kelmarin.

Kucing jantan yang diberi nama Meow itu, berusia antara dua hingga lima tahun itu dihantar untuk tinggal di Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe pada bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87 tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan tersebut.

Gambar kucing gemuk

Meow kemudian menjalani terapi diet dengan perkembangan kucing itu disiarkan di laman Facebook.Daripada laporan pengarah rumah perlindungan tersebut,

Mary Martin memberitahu kelmarin bahawa berat Meow turun 0.9 kilogram dan kucing tersebut berada dalam keadaan baik tetapi pada Rabu lalu ia mula mengalami masalah pernafasan.

Sebelum mati,Meow telah menjalani beberapa ujian termasuk ujian jantung dan X-ray serta diberikan bantuan oksigen untuk bernafas namun akhirnya menemui ajal pada Sabtu yang lalu.

Daripada sumber agensi,siasatan yang telah dibuat,punca berat badan Meow meningkat masih tidak dapat dipastikan tetapi menurut Martin, kucing itu mungkin diberikan makanan berkalori tinggi dan tidak aktif.

Woot!..Konklusi di sini,jagalah kesihatan ..Jangan terlalu obses dengan makanan sampai jadi obesiti.

Belum Ada Komen Lagi

PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →