
Mark Zuckerberg dilaporkan disaman baru baru ini kerana menipu pelabur selepas pengapungan saham syarikat itu di pasaran saham tampak mengecewakan. Beliau di saman sebanyak RM9 billion.
Mark Zuckerberg dikatakan tidak memaklumkan kepada orang awam mengenai kejatuhan saham Facebook. Beliau hanya memberi amaran tentang kejatuhan saham terbabit kepada pelabur besar sahaja. Apabila itu berlaku, tentunya sebahagian pelabur mengambil kesempatan menjual saham Facebook sebelum saham Facebook benar benar jatuh.
Saman tersebut difailkan atas nama Mark Zuckerberg dan juga eksekutif kanan Facebook. Mark sebelum ini dilaporkan menjadi antara orang paling kaya di dunia pada usia 28 tahun apabila saham Facebook diapungkan di pasaran saham pada Jumaat lepas.

Belum Ada Komen Lagi
PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →