
BATU PAHAT – Satu pergaduhan antara dua rakan di Facebook yang berakhir dengan pergaduhan di laman web tersebut dan juga kes bunuh di kompleks beli-belah di sini.
Aw Soon Ming, 17, ditikam dengan pisau di bahagian perut dan dada pada jam 9.30 malam pada hari Sabtu oleh seorang lelaki yang bertengkar dengan rakan Aw di Facebook.
Lelaki tersebut telah membawa beberapa rakan untuk mencari rakan Aw, yang dikatakan telah menulis beberapa komen buruk terhadap mereka di laman sosial tersebut.
Rakan Aw tiada di kompleks tersebut. Sebaliknya, Aw pula yang dibunuh.
Saksi memberitahu pihak polis bahawa mereka pada mulanya hanya bertikam lidah, kemudiannya, suspek mula mengeluarkan pisau dan menikam Aw, yang berada di kompleks tersebut bersama beberapa rakan.
Ketua Polis Daerah Din Ahmad berkata bahawa Aw mati ketika dia tiba di Hospital Batu Pahat.
“Seorang remaja berusia 18 tahun telah ditahan dan kami sedang mencari seorang lelaki yang berusia 25 tahun dan tiga suspek lain bagi membantu siasatan,” kata beliau.
Kes ini disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pihak polis mengalu-alukan informasi orang awam bagi membantu siasatan. – thestar.com

Belum Ada Komen Lagi
PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →