• Rabu, 19 June 2013 : 08:14pm

Kategori Artikel :

Najwa Latif Kena Kuarantin

Najwa Latif Kena Kuarantin? Najwa Latif kena kuarantin gara-gara bakal menghadapi peperiksaan SPM pada hujung tahun ini.


Bulan Ramadhan yang sedang dilalui umat Islam ketika ini adalah berbeza dengan apa yang dilalui Najwa Latif. Mengumpul keberkatan Ramadan Al-Mubarak dengan melipatgandakan ibadat dan dikuarantin sejak Jun lalu lagi adalah perkara sebenar yang dihadapi penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu demi memberi tumpuan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Di sebalik populariti yang diraihnya sebagai anak seni, tanggungjawab dan amanahnya sebagai pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan (SMKP) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor ini masih perlu dilunaskan sebaik mungkin. Najwa bakal menduduki peperiksaan SPM pada November nanti.

Wootmedia mendoakan yang terbaik buat Najwa Latif. Kuarantin yang dilakukan keluarga kepada Najwa Latif bertujuan untuk memberikan yang terbaik kepada Najwa sendiri. Peminat-peminat juga pastinya mengharapkan agar Najwa Latif berjaya dengan cemerlangnya didalam peperiksaan SPM kelak.

Terdapat 2 Komen

PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →

Apa Kata Anda?