Parti Kolam 3.0 Dibatalkan. Gempar! Parti Kolam 3.0 yang diadakan di sekitar Seremban baru-baru ini amat memalukan dan mencemar ramadhan kita.
Parti Kolam 3.0 yang membenarkan dan menggalakkan wanita berbikini masuk percuma dan pemakaian G-string digalakkan yang dijadualkan malam tadi, akhirnya telah dibatalkan.
Pengurusan rumah kelab di Rasah Kemayan dekat sini, yang menjadi lokasi parti itu turut menutup premis berkenaan selepas pelanggan mereka berbuka puasa.
Penganjuran parti sosial yang memalukan itu dikendalikan beberapa DJ kelab hiburan terkenal menimbulkan kemarahan masyarakat Islam sekitar dan seluruh Malaysia.
Tindakan mengadakan pesta begitu telah mencemarkan suasana ramadhan yang penuh barakah dan menimbulkan ketidak puas hati penduduk setempat yang beragama islam kerana Surau Rasah Kemayan yang mengadakan solat sunat Tarawih setiap malam, hanya kira-kira 800 meter dari rumah kelab itu (kelab yang mengadakan Parti Kolam 3.0).
Perkara maksiat sebegini tidak sepatutnya didedahkan kepada awam kerana majoriti Masyarakat di Malaysia adalah beragama islam lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini. Walaupun dianjurkan oleh mereka yang bukan islam, mereka sepatutnya mengambil kira kawasan persekitaran dan waktu penganjuran. – Wootmedia | Umum

wahh, ada juga parti macam ni rupanya..