
Akhbar The Sun melaporkan, seorang penuntut Universiti Morgan, mengaku telah membunuh teman sebiliknya dan turut memakan otak serta jantung mangsa.
Alexander Kinyua, 21, dituduh melakukan pembunuhan kejam kelas pertama ke atas Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie itu tanpa motif jelas oleh mahkamah pada Rabu lalu.
Dalam perkembangan terbaru, polis antarabangsa (Interpol) kini turut memburu bintang pornografi warga Kanada selepas disyaki merakamkan perbuatan kejam membunuh dan mengerat mayat rakannya.
Minggu lalu, seorang pemuda di Miami ditembak mati oleh pihak berkuasa selepas dia dilihat menggigit muka seorang lelaki yang hidup gelandangan secara tiba-tiba. – sinar harian

Belum Ada Komen Lagi
PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →