• Rabu, 19 June 2013 : 08:23am

Kategori Artikel :

al-quran

Seorang pemuda Iraq iaitu di kawasan Najaf telah bercadang mencipta nama sebagai penulis ayat al-Quran paling panjang di dunia.Pemuda tersebut adalah Hussein al-Kharsan, 25, dan beliau menjangkakan tulisannya itu sepanjang antara 5,500 dan 6,000 meter. Jika usahanya berjaya, nama Hussein bakal tercatat dalam buku Rekod Dunia Guinness.

gambar sekadar hiasan

Antara fakta tentang penulisan beliau ini adalah ;

  1. Naskhah itu sepatutnya dipamerkan tahun ini, sempena perisytiharan Najaf sebagai Ibu Negara Kebudayaan Islam, tetapi projek berkenaan ditangguhkan ke tarikh yang belum ditetapkan ekoran pelbagai isu, termasuk dakwaan rasuah
  2. Sejak memulakan tugasnya sebulan lalu, Hussein berjaya menyiapkan 13 halaman al-Quran.
  3.  Walaupun mengalami kesakitan tengkuk dan belakang, graduan lepasan Universiti Baghdad itu terus tekun menyiapkan naskhah berkenaan selama beberapa jam sehari.
  4. Dia sepatutnya menyiapkan naskhah itu dalam tempoh enam bulan dengan menulis tiga daripada 503 halaman sehari.

 

Hussein pada awalnya saya berjaya dan menulis selama 16 jam sehari sehingalah beliau mula rasa sakit pada minggu kedua..Akan tetapi walaupun telah mendapat nasihat doktor supaya banyakan berehat namun beliau tetap meneruskan kerja-kerjanya untuk menyiapkan tulisanya itu dan bertahan dengan memakan pil penahan sakit untuk terus menulis selama lima jam sehari.

sumber

Woot!- Tak ramai yang mampu melakukan seperti mana yang saudara hussein ini lakukan..semoga beliau terus bersemangat untuk menyiapkan hasil kerjanya..

 

Belum Ada Komen Lagi

PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →