Hasil daripada kajian sekumpulan saintis di Australia,mereka telah menumkan fosil dinosaur dan ini telah membuktikan bahawa Australia turut mempunyai dinosaur sama seperti tempat lain di dunia.
Seorang ahli paleontologi, Erich Fitzgerald berkata, satu fosil buku lali yang ditemui 87 kilometer dari bandar raya Melbourne menunjukkan ia ialah spesies dinosaur, ceratosaur yang hidup di Australia sekitar 125 juta tahun dahulu.
.
Antara fakta lain tentang penemuan ini
- Berdasarkan penemuan itu juga telah menunjukkan Australia turut mempunyai dinosaur seperti tyrannosaur dan allosaur yang wujud di luar Australia:
- Dinosaur itu bukan seperti haiwan zaman moden termasuk kanggaru dan koala yang hanya terdapat di Australia,”
- Berbeza dengan hidupan liar di Australia sekarang, dinosaur itu terdiri daripada kumpulan yang tersebar di seluruh dunia sebelum benua di bumi terpisah.
- Ceratosaur merupakan dinosaur pemakan daging yang boleh membesar sehingga satu atau dua meter manakala panjang haiwan itu ialah tiga meter
Woot!- Mungkin kalau ada para saintis yang berminat nak buat kajian di Malaysia,kita juga boleh menemui fosil-fosil lama macam ni?..
sumber – Agensi

Belum Ada Komen Lagi
PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →