
sumber gambar - lowyat.forum
Kecoh apabila satu gambar yang menunjukkan produk terbaru keluaran Proton iaitu Proton Preve mengalami kerosakan teruk di bahagian tayar hadapan ketika sesi pandu uji oleh SA Showroom Sentul.
Pelbagai andaian keluar dari mulut orang ramai ,tak kurang juga mereka yang mengkritik pedas produk Proton.Namun kami percaya ia bukan kesilapan dari pihak Proton.Setelah hampir sejam isu tersebut berputar di internet,akhirnya kami menjumpai satu artikel pendek yang menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku pada Proton Preve yang rosak itu :
Menurut sumber yang dipercayai, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 kmh namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung.
Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan tie-rod nya patah. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan dibuat.
Sumber : funtastickodesign dan proton edar

“terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung.” Logic if the bumper broke .. but bumper take pecah puh no scratch lol … https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150814109465295&set=a.443530400294.236836.290263860294&type=1&theater