• Khamis, 20 June 2013 : 09:21pm

Kategori Artikel :

mara

mara

Majlis Amanah Rakyat ( Mara ) kini mempelawa lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Julai 2012.

Senarai Institusi Pendidikan MARA (IPMa)

 

  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • German Malaysian Institute (GMI)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
  • Kolej MARA (KM)

Program Pengajian

KOLEJ PROFESIONAL MARA

  • Program Intensif Persediaan (PIP), pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Pra Diploma, Diploma, Foundation & Higher National Diploma (F&HND)

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

  • Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Diploma dan Ijazah

KOLEJ POLY-TECH MARA

  • Pelbagai bidang pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah dan Profesional

INSTITUT KEMAHIRAN MARA

  • Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Sijil Kejuruteraan dan Teknologi

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA

  • Pelbagai bidang pengkhususan pengajian peringkat Diploma Kejuruteraan dan Teknologi

GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE

  • Pelbagai bidang pengajian peringkat Diploma

KOLEJ MARA

  • Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PKS-UMK)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon adalah bergantung kepada institut dan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk Syarat Kelayakan Memohon.

Kategori pemohon adalah berdasarkan kepada kelayakan pemohon seperti berikut :‑

  • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM/SPMV / Setaraf dengannya.
  • Pemohon lepasan SPM dan Sijil mengikut bidang yang dipohon.
  • Pemohon lepasan SPM dan STPM.
  • Pemohon lepasan SPM dan Diploma/Higher National Diploma / Setaraf

Kriteria Pemilihan

Pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan berpandu kepada faktor-faktor berikut :‑

  • Kombinasi pencapaian subjek yang diperolehi pemohon.
  • Mencapai gred subjek yang ditetapkan bagi program yang dipohon.
  • Bilangan tempat yang disediakan mengikut program fakulti dan institusi.
  • Ujian Khas Kemasukan dan temuduga akan diadakan tertakluk kepada keperluan fakulti atau institusi. Pemohon-pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk proses ujian khas atau temuduga.

Tajaan Pengajian

Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTMadalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

Manakala, bagi calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPM, KKTM, IKMdan KM (PKS-UMK) yuran pengajian adalah percuma yang mana ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun sara hidup akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.

Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Permohonan UPIM Secara Online.

Pengambilan pelajar Lepasan SPM untuk program Sijil & Diploma untuk IKM dan KKTM bagi sesi pengajian Julai 2012 perlu dibuat melalui UPU. Sila rujukPermohonan Kemasukan Ke TEVT / Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2012 / 2013.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan secara atas talian ke Institut Pendidikan MARA IPMA Sesi Julai 2012 ditutup pada 20 April 2012.

Maklumat

 

  • Universiti Kuala Lumpur
    Bahagian Hal Ehwal Akademik
    1016, Jalan Sultan Ismail,
    50250 Kuala Lumpur
    Tel: 03-2175 4000 Faks: 03-2175 4001
    e-mel: [email protected]
    Laman web : www.unikl.edu.my dan www.admission.unikl.edu.my

 

 

 

Belum Ada Komen Lagi

PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →

Apa Kata Anda?