• Khamis, 23 May 2013 : 08:41pm

Kategori Artikel :

PKR Janji Turunkan Harga Kereta

 PKR Janji Turunkan Harga Kereta . PKR Janji Turunkan Harga Kereta jika menang pada Pilihan raya nanti.

PKR Janji Turunkan Harga Kereta

Parti Keadilan Rakyat berjanji akan melakukan rombakan terhadap Dasar Automotif Negara dalam usaha untuk menurunkan harga kereta sekiranya pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Kita sendiri sedia maklum bahawa harga kereta sekarang sangat tinggi kerana dikenakan pelbagai cukai dan caj-caj lain yang dirasakan tidak berkaitan.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli menjelaskan menerusi penstrukturan semula dasar berkenaan ia dapat mengurangkan beban hutang rakyat sekaligus dapat meningkatkan pendapatan  isi rumah rakyat. PKR juga akan menghapuskan duti eksais yang diketahui membebankan.

“Kepimpinan muda dalam PKR akan memastikan bahawa janji untuk menurunkan harga kereta akan dimasukkan menjadi salah satu janji utama dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU-13,” jelas Rafizi ringkas.

“Kereta yang paling kecil dengan dengan saiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan duti eksais 60 peratus dan cukai jualan 10 peratus. Ini meningkat kepada 100 peratus jika kereta itu diimport dengan tambahan cukai import sebanyak 30 peratus.

Ini bermakna bagi sebuah kereta Perodua yang kecil pada harga RM40,000, pembeli perlu membayar cukai sebanyak RM16,500, kadar cukai ini sudah tentu lebih tinggi bagi kereta yang lebih besar,” terang Rafizi lagi.

Statistik juga menunjukkan sebanyak 71.9 peratus keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai dan menggunakan kereta sebagai pengangkutan. Harga kereta yang tinggi benar-benar membebankan rakyat secara tidak langsung.

“Pentadbiran kerajaan yang mengabaikan pelaburan dalam pengangkutan awam juga menyebabkan pergantungan rakyat kepada kenderaan persendirian,” Rafizi mengakhiri temubual. Wootmedia menyokong tindakan PKR untuk menurunkan harga kenderaan kelak. Tindakan ini benar-benar akan menguntungkan rakyat sekaliannya.

Belum Ada Komen Lagi

PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →

Apa Kata Anda?