Sekitar awal Jun, team WootMedia telah dijemput untuk menghadiri satu sesi rawatan rambut di Biolyn Hair Spa yang terletak di Seri Kembangan. Kami ada menulis satu artikel sebelum ini mengenai Biolyn Hair Spa dan juga promosi sesi rawatan rambut di Biolyn Hair Spa, dan kali ini artikel ini bercerita tentang pengalaman saya di Biolyn Hair Spa.
Woot Media menjemput blogger terkemuka iaitu Bro Framestone untuk bersama sama merasai pengalaman hebat di Biolyn Hair Spa. Perkara pertama yang terlintas di fikiran ketika sampai di spa ini adalah selesa ! Kenapa ? terletak di kawasan yang tidak begitu sibuk,memudahkan anda untuk ‘park’ kereta anda. Biolyn Hair Spa juga terletak di lokasi yang begitu strategik, sangat mudah untuk anda memandu sendiri ke spa tersebut.
Yang bestnya saya tidak perlu keluarkan satu sen pun untuk sesi rawatan rambut yang hebat ini kerana Biolyn sendiri yang menaja saya. Bro framestone turut menjemput rakan rakan blogger untuk bersama dengan kami dan mereka sangat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan.
Servis Terbaik
Bercakap tentang servis, saya memang cerewet tentang mutu servis sesuatu perkhidmatan. Namun apa yang saya rasai di Biolyn Hair Spa adalah sangat awesome ! Harga sebenar untuk satu sesi rawatan rambut ( basic ) adalah RM10 sahaja ! Wow sangat murah bagi saya kerana servis yang disediakan amat baik !
Memandangkan saya ini bukanlah seorang lelaki yang begitu mementingkan style rambut , maka saya serahkan 100% kepada mereka untuk potong dan bentukkan rambut saya. Dan saya amat berpuas hati dengan hasilnya, ini menunjukkan kepakaran pekerja mereka dalam servis ini.
Rambut saya dicuci,dipotong dan disapu dengan minyak Biolyn.So refreshing ! :D
Jika anda berminat, bolehlah hubungi Biolyn Hair Spa untuk pertanyaan lanjut :
Biolyn Health Risk Management (M) Sdn. Bhd.
55-1,2,3,4, Jalan SP 2/1,
Taman Serdang Perdana,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
Tel: 03-8941 8303, 03-8945 6780, 03-8941 2664
Fax: 03-8941 7303
Website: http://biolyn.com.my
Email: [email protected]

Belum Ada Komen Lagi
PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →