• Rabu, 22 May 2013 : 01:41am

Kategori Artikel :

imagetusuk

[SH] TAMIL NADU – Pergaduhan suami isteri di Madurai, India, berakhir dengan tragedi menyakitkan apabila si suami yang begitu marah bertindak menusuk sebatang pemutar sru bersaiz sederhana ke kepala isterinya.

Pakar bedah saraf, D.K Selvamuthukumaran memberitahu, wanita berumur 35 tahun itu dalam keadaan separa sedar dan tidak mampu bertutur ketika dimasukkan ke Pusat Penyelidikan dan Hospital Madurai Meenakshi, dua minggu lalu.

Selain menembusi otak mangsa, pemutar skru sepanjang 22 sentimeter (cm) itu turut menikam tengkorak sebelah kirinya,

“Doktor mengambil masa kira-kira lima jam untuk mengeluarkan pemutar skru yang ditusuk melalui lubang hidungnya,” katanya yang turut menambah mangsa masih hidup selepas sekumpulan doktor berjaya merawat pendarahan di kepalanya itu.

Belum Ada Komen Lagi

PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →