• Sabtu, 25 May 2013 : 12:15am

Kategori Artikel :

sewa tapak depan rumah ambiga

Kesemua 60 tapak perniagaan depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga yang ‘dijual’ oleh kumpulan peniaga anti-BERSIH habis dijual dengan jualan tertinggi RM5,000 untuk tapak utama.

Walaupun DBKL melarang keras usaha terbabit namun ia tidak diendahkan golongan terbabit yang menggelar diri mereka gerakan Bersih 4.0.

“Saya sanggup bayar RM5,000 sebab saya tak puas hati dengan Ambiga. Kerana dia, peniaga yang selama ini berniaga dengan bersih menjadi kacau ” kata peniaga makanan dan minuman yang sanggup berhabis RM5000 untuk tapak utama

“Saya nak tunjuk tak puas hati saya dengan meniaga depan rumah Ambiga,” kata Ahmad Diah, 51, kepada pemberita selepas membuat bayaran tunai.

Selain itu, tapak lain habis dijual dengan harga RM100 setiap satu.

sewa tapak depan rumah ambiga
Ahmad Diah Ali (kiri), bertopi merah) yang mendapat tapak utama – terletak betul-betul di hadapan rumah Ambiga – sanggup membayar RM5,000 kerana tidak berpuas hati dengan Ambiga

- sumber : malaysiakini

Belum Ada Komen Lagi

PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →