• Khamis, 20 June 2013 : 03:16pm

Kategori Artikel :

ambulan

Seorang wanita di Shandong telah membuat aksi bodoh apabila berbogel dan berbaring di hadapan laluan ambulans yang ketika itu dalam perjalanan ke tempat kemalangan.

Kisah bermula apabila Mrs Wang dan anak perempuanny baru sahaja balik dari pasar berdekatan, dan tiba tiba basikal elektrik mereka di langgar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh Mrs Zhang.

Mangsa dikatakan tercampak sejauh 2 parking lot dan akhirnya anak beranak itu melanggar sebuah kereta lain sehingga kemek kerana hentaman yang kuat.

Mangsa dilihat cedera parah, dan orang ramai mula memanggil ambulans. Namun begitu Mrs Zhang yang dikatakan dalam mood tidak baik ketika eksiden itu berlaku mula bertindak menyekat kemaraan ambulans ke tempat kejadian,dan berbogel serta berbaring di hadapan ambulans.

Para petugas berlari ke tempat kejadian sambil membawa pengusung untuk mengangkat mangsa ke dalam ambulans. Namun begitu anak perempuan Mrs Wang meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital dan Mrs Wang masih dalam keadaan kritikal. Hal ini mungkin kerana tindakan Mrs Zhang yang melambatkan operasi ambulans tersebut.

Menurut laporan akhbar , Mrs Zhang tinggal berjiran dengan mangsa, beliau juga merupakan seorang lecturer, dan dilaporkan beliau sedang dalam keadaan marah ketika kemalangan itu berlaku.

Tidak diketahui sama ada mangsa dan juga Mrs Zhang bermusuh atau tidak.

update : Mangsa kemalangan tersebut adalah teman wanita kepada suami Mrs Zhang tersebut, oleh sebab itulah beliau bertindak demikian

Belum Ada Komen Lagi

PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →