Satu video yang dimuat naik ke laman You Tube berjudul ‘Sumpahan jadi batu di mamah tanah PALOH ?’ semakin menjadi bualan di kalangan pengunjung laman tersebut.
Video berkenaan menceritakan tentang kononnya seorang wanita yang telah curang terhadap suaminya disumpah menjadi batu di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Paloh, Johor.
Wanita itu dikatakan telah ‘ditukarkan’ menjadi batu ketika sedang asyik memadu asmara bersama teman lelakinya.
Persoalan yang semakin menjadi tanda tanya kepada umum ialah, benarkah kejadian sumpahan itu sememangnya berlaku?
Mengapa hanya wanita itu sahaja yang disumpah, bagaimana dengan pasangannya?
Melihatkan isi video tersebut, batu itu memang melihatkan bentuk badan seorang wanita yang sedang berbogel, lengkap dengan rambut yang panjang.
Mendengarkan penceritaan dari lelaki yang menjadi ‘voice over’ dalam video itu seperti kurang jelas tentang maklumat yang ingin disampaikan.
Boleh sahaja cerita itu diada-adakan atau batu itu hanyalah ukiran semata-mata. Apa-apa pun, kebenaran tentang ‘misteri’ sumpahan batu itu hanya penduduk di sekitar kawasan itu sahaja yang tahu.
Selebihnya, kita jangan mudah untuk membuat cerita tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu. Wallahualam. – mynewshub.my

Belum Ada Komen Lagi
PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →