Pastinya seluruh rakyat Malaysia masih “segar” dengan fenomena Himpunan Jutaan Belia yang diadakan baru-baru ini di Putrajaya..dan kehangatan perhimpunan itu di tambah dengan kehadiran artis “import” iaitu KPOP yang sememangnya menjadi kegilaan masyarakat di Malaysia sekarang ni..
Di sebalik kehangatan kehadiran artis kPOP itu, ada lagi perkara yang lebih hangat yang dicetuskan seorang penaung seniman Malaysia,iaitu Zed Zaidi..rasanya ramai yang sudah mengetahui sebelum ini berlaku juga kekecohan apabila Zed Zaidi mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz sebagai bintang paling popular berita harian..
Dan kali ini beliau telah menyelar tindakan kerajaan Malaysia yang telah membawa masuk penyanyi dan kumpulan KPOP untuk menghiburkan peminat tempatan..tapi tindakan Zed Zaidi ini berasakan satu isu iaitu bayaran yang di bayar kepada artis kpop berbanding artis tempatan yang dikatakan berjumlah RM2juta! [bacaan lanjut di sini]
Dan semalam beliau telah mengeluarkan pendapat peribadi beliau di laman twitter miliknya..dan seperti biasa,kpopers mula menyerang beliau..kalau nak baca boleh lah baca sendiri di laman twitter nya.. [twitter zedzaidi]
Di sini kami kongsikan sebahagian tweet Zed Zaidi tentang kehadiran artis KPOP di Malaysia minggu lepas..
Sememangya ada benar dari sudut pemikiran rakyat biasa macam kami tentang apa yang diperjuangkan oleh Zed Zaidi..sebab ada pepatah melayu sendiri yang berbunyi “kera dihutan disusukan,anak dirumah mati kelaparan”.. Mungkin artis tempatan masih belum mati kelaparan sebab bayaran yang rendah,tapi pahamkan lah sendiri maksud yang tersirat tu..
Sebelum tutup entri ni,nak kongsikan pengalaman ketika artis kpop nak bertolak balik di KLIA baru-baru ini..memang terbukti kegilaan peminat artis kpop ni..sampai bertolak-tolak..menjerit-jerit..dan ada yang kamera mahal – mahal jatuh tapi buat tidak kisah demi artis kpop mereka..Memang dasyat..tapi ada yang lebih dasyat lagi daripada artis kpop,tengok gambar di bawah..
Dia bukan artis..dia bukan yang berhormat..dia seorang khalifah Allah di muka bumi ..hadirnya untuk menyampaikan ilmu kepada sesiapa yang tahu menghargai nilai ilmu tersebut..




Belum Ada Komen Lagi
PENAFIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang disiarkan di dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Penulis berhak untuk mengubah dan memadam mana-mana komen yang melanggar polisi kami seperti SPAM, cacian, promosi, menghasut atau yang berkaitan tanpa sebarang notis. Ketahui Lagi →